Sunday, December 20, 2009

Mimpi yang tah pape!

Salam..

haiyOoo...hari tuh aku bangun tidur tergelak sorang2..
akibat pada siang hari aku pergi makan2 dengan encik chenta..
otw nak pi kedai makan tuh ada kedai pengantin..
dan aku bersama encik chenta dok terintai2 baju dalam kedai tuh..
sambil berjalan slow motion..
dan balik bukak facebook nas tanya aku pasal kawen..
dan2 malam tu aku bermimpi.....................................


alkisah aku dan encik chenta ke kedai pengantin survey2 pasal baju kawen *sangat tak boleh blah* dan tuan kedai bertanya bilakah aku akan berkahwin aku dengan konpiden menjawab 'tengah tahun 2011' kemudian tuan kedai terkujat sambil bertanya 'ini baru 2009,awat awai sangat survey baju' aku jawab 'biasa la kak persediaan awal' *bongok kan?*

kemudian kelihatan encik chenta keluar dari kedai tersebut dan menghidupkan lighter untuk merokok..aku terkujat dan berlari untuk bertanya 'sejak bila merokok balik ni?! tipu saya selama ni!' lalu berlari...kemudian beli tiket flight dan tau mana aku bawak hati yang duka lara?
ke Jepun ya kawan2..mengadu2 kat nas..*tapi persekitaran kat Jepun macam kat kolej nas masa dia belajar kat UM* kononnya aku tak jadi kawen lalu gunakan duet yang disimpan untuk kawen lari ke Jepun!





Kemudian aku terjaga..
haiyoo..tah pape sangat mimpi! huhu...




#entri tak bermotip!

Thursday, December 10, 2009

Dah Tak Lama =) #2

Salam..

Haa..memang dah tak lama..
dah terjadi dah pun..
serius! eh..takkk..bukan aku dah tunang/kawen..
aku tak cakap pon dalam entri lepas nak tunang/kawen..
memandai semua buat spekulasi liar..liar ke?haha

Entri aku yang lepas sebnarnya merujuk kepada adik bongsu aku..
yang tahun ni darjah 3..serius baca balik entri tuh..
aku tak boleh nak berhenti senyum sebab,dah lama pujuk..
jenuh berbincang cara2 nak bagi setuju..
akhirnya dia nak jugak..ALHAMDULILLAH~



- malam sebelum kejadian..pektis makes perfect katanya..
boleh plak amek feel tido depan tb ngn tali tuh yg dah ready -


- ni gambar tadi..setelah POTONG kol 10 pagi tadi sampai skg xsaket lagi..
so aku agak malam kang menggelupur kot dak ni -



hikhik~ itu lah yang sebenar terjadi!korang jangan la risau yerrr..aku nak tunang/kawen nanti,komprem A level aku bagitau! takde tapis2..direct terus aku roger..sebab aku tau..ramai kawan2 aku excited nak tengok aku kawen..*ferasanss jap!*aku sendiri pon excited *mai dah gedik dia*

To adek..tahniah la yer..dah selamat menjalani proses ke alam baru *ayat ucapan tak menahan* moga2 duet adek yang banyak hasil sumbangan kengkawan mak dan abah datang melawat adek belanja along makan..hahaha! I lebiu lah adek! *fuhh fuhh baek sakit adek baca entri ni*



# nak tengok aku cepat2 kawen doa2 la aku dapat keje cepat ye..since aku n encik chenta masing2 dah gtau parent tentang perancangan kitorang.. and both dah setuju..alhamdulillah~

Monday, December 7, 2009

Korban Terkorban

Salam..

Kadang2 banyak yang kita perlu korbankan..
untuk menggapai impian nan satu kan?

*sigh*

takpe la...
demi kebaikan..
tak salah aku bekorban..
kamon didieadila! bertabah!




# sekarang macam malas nak bebel panjang2 dalam blog..sangat bizi buat itu ini..hmm..

Wednesday, December 2, 2009

Dah Tak Lama =)

Salam..

:) :) :)
tak boleh nak berhenti senyum lahhh..
bersempena akhir tahun 2009..
kami dah sepakat :)
perbincangan dah berlangsung :)
tarikh dah ditetapkan :)

Alahmdulillah :)




# tak sabar nak tunggu! :)

Monday, November 30, 2009

Sejak Bila Aku Tegar Pink weh?

Salam..

Wooottt..~ woooott..~
apa yang telah aku lakukan kan tadi?
ZASSSSSSS!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



- buku?.. -


- pose sisi laen plak -


1. sejak bila pulak aku pencinta pink ni?
2. dan yang paling penting mengapakah buku itu dihasilkan?

jawapan kepada soklan 1 : aku tak minat pink pon..tapi dah itu ada aku rembat jela...pembalut pinky tuh bukan aku yang nak pon..sebaliknya mak aku yang pilih... ;p

jawapan soklan 2 : motip buku itu? diari? teeetttt! adalah salah! perlu ke aku bagitau? miahahahaha.. adalah TAK PERLU okeyyy! rahsiaaaaa...

siapa2 mengikuti perkembangan blog ini akan tahu kegunaan buku tersebut..tapi tak tau la bila akan direveal..mungkin minggu depan? bulan depan? tahun depan? tahun depan depan? atau bila2 lah..hahaha~




# muka aku sux selepas menukar pencuci muka =(


Budak oh Budak!

Salam..

Tadi tengok cinta balqis...
tengok mak dia cium2 peluk2 anak dia
macam 80 tahun tak jumpa..
I was like 'macam mana aku ada anak nanti?'
aku ni kurenggg sikit ngan budak2..
aku tak maksudkan semua budak la..
aku hanya suka budak yang berumur 5bulan-5tahun..
seriusly budak umur tuh aku suka..
yang bukan dalam lingkungan umur tuh jangan nak dekat2 ngan aku..
tak pasal2 ada je aku nak marah sebab aku tak suka budak sangat..

tiba2 aku terfikir...
ehh..encik chenta mempunyai 7 kakak! *ya dia lelaki sulung*
6 daripadanya daripadanya dah kawen..
dan dia ada anak sedara 16? ke 17? camtu la *setakat ini*



Okeyyy aku pengsan!





# oh bosan betul berebut internet dengan adik aku..tah pape je...